Eric diseret ke mahkamah isu kritik Jakim
Peguam Eric Paulsen yang didakwa menghina Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dijangka didakwa di mahkamah esok.Beliau dikatakan akan dituduh di Kuala Lumpur bawah Akta Hasutan 1948.“Saya akan didakwa menghasut pagi esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” tulis Paulsen dalam tweet sebentar tadi.Paulsen sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menulis tweet bahawa Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat.Status itu dianggap banyak pihak sebagai merujuk kepada khutbah Jumaat sehingga menyebabkan beliau ditahan polis.Tweet pengarah kumpulan peguam Lawyers for Liberty itu bagaimanapun telah dipadam.I'll be charged for sedition tmrw morning at the KL Sessions Court. @GobindSinghDeo #mansuhaktahasutan— Eric Paulsen (@EricPaulsen101) February 4, 2015
ไม่มีความคิดเห็น :
แสดงความคิดเห็น