แนะนำเว็บดูดวงแม่นสุดๆ ฟรีช่วงโปรโมชั่น

วันพุธที่ 21 มกราคม พ.ศ. 2558

'Dialog berterusan kurangkan konflik agama'

'Dialog berterusan kurangkan konflik agama'


Dialog secara berterusan boleh menyelesaikan dan mengurangkan konflik antara agama dan perbezaan pendapat antara penduduk di dunia, kata seorang sarjana Islam tersohor.
    
Imam Dr Shamsi Ali, Pengerusi Masjid Al-Hikmah di Astoria, Queens, New York, berkata dialog yang sihat adalah satu daripada cara terbaik untuk mewujudkan persefahaman dan hormat-menghormati antara agama di dunia.
    
"Saya fikir cara terbaik untuk menangani Islamofobia atau salah faham agama ialah dengan mengadakan beberapa dialog yang sihat dengan penduduk di seluruh dunia, serupa dengan amalan 'ta'aruf' dalam Islam, yang bermaksud mengenali antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum tentang Islam di Universiti Teknologi Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.
    
Beliau berkata dialog seperti itu boleh mewujudkan suasana saling mempercayai antara pemimpin pelbagai agama, untuk membincangkan masalah atau isu, seperti isu-isu berkaitan Islamofobia.
    
Dalam ucaptamanya, Dr Shamsi berkata terdapat pelbagai insiden sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang seolah-olah menunjukkan jurang yang semakin ketara dalam kalangan agama yang berbeza di seluruh dunia atas nama "kebebasan bersuara dan melahirkan pandangan."

Beliau berkata kebebasan bercakap dan bersuara harus seiring dengan tanggungjawab dengan cara yang halus untuk menjamin keamanan dan keharmonian.
    
"Masalah kebebasan bersuara hari ini adalah kadang-kadang tidak ada tanggungjawab. Saya bebas untuk menyatakan diri saya kepada jiran saya tetapi sebaik sahaja saya menghina jiran saya, ia tidak boleh dipanggil sebagai kebebasan lagi, ia tindakan tidak bertanggungjawab.
    
"Ada keseimbangan antara kebebasan bersuara dan tanggungjawab sivik kerana kita bukannya hidup dalam hutan, kita mempunyai orang di sekeliling kita yang mempunyai perasaan, emosi dan kita perlu sensitif," katanya.
    
Dr Shamsi dilantik sebagai "Duta Keamanan" oleh Persekutuan Agama Antarabangsa pada 2002, dan penerima Anugerah Antara Agama ICLI 2008. Pada 2006, beliau dinamakan sebagai seorang daripada tujuh pemimpin agama paling berpengaruh di New York.
    
Forum anjuran UTM dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
    
-Bernama


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates