แนะนำเว็บดูดวงแม่นสุดๆ ฟรีช่วงโปรโมชั่น

วันศุกร์ที่ 23 มกราคม พ.ศ. 2558

Cukai jualan minyak pada pengilang diperkenal?

Cukai jualan minyak pada pengilang diperkenal?


Harga barang kekal walaupun harga minyak turun terjadi kerana peniaga dan pengilang tidak mendapat manfaat daripada harga rendah komoditi itu, dakwa PKR.

Malah, berbeza dengan trend global, pihak itu didakwa membayar lebih mahal daripada harga pasaran dan harga yang dinikmati pengguna biasa.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan mengenakan cukai jualan untuk pembelian petrol dan diesel kepada pihak industri dan komersial berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Cukai itu, menurutnya, dikenakan ke atas harga runcit yang dibayar orang ramai iaitu RM1.91 untuk seliter petrol RON95 dan RM1.93 bagi diesel.

Walaupun diberikan diskaun, kata Rafizi, pengguna komersial kini sebenarnya membayar harga RM2.269 seliter bagi RON95 dan RM2.236 seliter bagi diesel.

Rafizi mendakwa perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) yang dibocorkan padanya.

“Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini,” katanya.

Alihkan kemarahan

Menurut Rafizi, pengilang dan pengusaha komersil tidak dibenarkan membeli daripada stesen minyak sebaliknya secara terus dan pukal daripada syarikat minyak.


Sementara itu, Rafizi (kiri) juga menolak kempen di laman sosial yang menggambarkan harga barang kekal mahal kerana “peniaga-peniaga Cina” enggan menurunkannya.

“Pentadbiran Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan.

“Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku,” kata Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan.


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates